Wednesday, July 22, 2009

Timun tua lagi..

Assalamualaikum whb,. dan salam sejahtera.
Lately ni saya sibuk sikit buat kerja kebun. Banyak hal kena 'monitor'. Alhamdulillah timun tua saya dah mula keluarkan hasil, harga pun okay.. Kuantiti yang dah di tuai belum banyak lagi, baru 'collect' kira-kira 2000kg. Itu pun cuma buah yang di bahagian bawah sahaja, ada sekali lagi petik yang dibahagian bawah then barulah boleh petik buah yang dibahagian tengah pulak. Memang best la tanam timun tua ni, penjagaan tak susah sangat tapi dapat kualiti buah timun tua yang cantik, boleh kata semua gred A, gred B pun ada jugak tapi saya rasa kurang dari 5%.

Cuma adalah beberapa masaalah yang terpaksa saya beri perhatian pada waktu ini iaitu :

1. Lalat putih, atau 'trip' dah makin banyak membiak kat bahagian bawah daun pokok timun tua saya.
2. Junjung, disebabkan struktur sokongan junjung pokok timun yang kurang kuat, junjung kerap jatuh/rebah. Ini disebabkan berat pokok dan buah yang kian bertambah dari hari kehari dan juga faktor angin dan hujan, sehingga junjung tidak mampu untuk menampung berat tersebut.

Walau bagaimanapun saya amat bersyukur kerana masaalah yang dihadapi tersebut tidaklah terlalu besar dan masih dalam kawalan saya.

Pada waktu ini, disamping menjaga dan menuai timun tua sekali setiap 4 hari, saya juga sedang sibuk menyediakan tapak tanaman di kebun saya iaitu di 'seksyen C' untuk menambah tanaman timun tua saya.
Dan di 'seksyen B' kerja-kerja mencabut pokok terung panjang saya sedang giat dilakukan. Saya mengalami sedikit kerugian kerana menanam terung panjang yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian Titi Gantung. Takpe lah saya tak marah pun, cuma frust je sikit dengan komer ni.. Sekurang-kurangnya saya banyak belajar dari kesilapan. Rupa-rupanya benih terung panjang yang dijual oleh Jabatan Pertanian tersebut bukan untuk skala kormersial, ia hanya sesuai di tanam di belakang rumah kormer je.
Di bahagian ini saya bercadang untuk menanam 'RockMellon'. Insyaallah, benih pun saya dah order, tapi yang penting bukan dari Jabatan Pertanian. Saya jangkakan dalam masa 10 hari lagi, setelah siap menanam timun tua di seksyen C, saya akan menanam rockmellon pula di seksyen B. Dan di seksyen A yang kini terdapat timun tua akan terus ditanam dengan timun hybrid biasa
juga bukan benih dari Jab. Pertanian.

Sekian dulu buat waktu ini, dan saya tidak dapat memuatkan gambar2 terbaru kerana camera saya ada orang pinjam.

Wassalam




No comments:

Post a Comment