Wednesday, July 8, 2009

TEKUN Daerah Gopeng

Assalamualaikum whb.
Masa berlalu begitu pantas, sedar-sedar modal pusingan kebun saya dah agak susut,. Saya adalah alternative atau 'sources' untuk dapatkan modal, tapi saya lebih suka cari modal yang tak melibatkan individu. Saya fikir cara ini lebih baik dan tak menyusahkan sesiapa.
Baru-baru ni saya ada memohon pinjaman dari TEKUN di kawasan saya iaitu di Daerah Gopeng, permohonan tidaklah terlalu sukar, cuma prosesnya agak lambat memandangkan terlalu ramai pemohon yang membuat permohonan.
Kira-kira 10hari (10 calendar days) setelah saya menghantar borang permohonan serta dokumen-dokumen yang diperlukan di pejabat Tekun Simpang Pulai, kemudian seorang pegawai Tekun telah membuat lawatan di kebun saya, Namanya Puan Aida, tugas beliau adalah menjalankan siasatan keatas pemohon iaitu bagi memastikan pemohon pinjaman benar-benar menjalankan aktiviti seperti yang di kemukakan di dalam borang permohonan.
Di kebun saya, Pn. Aida menemuduga saya tentang aset kebun, perkakas, belanja bulanan, pekerja, projek terdahulu, projek terkini, dayamaju projek, estimate pendapatan dan bermacam-macam lagi.
Saya pun tak pasti samada permohonan saya diluluskan atau tidak, tapi yang saya pasti adalah sekiranya Pn. Aida memberikan sokongan yang baik terhadap permohonan saya ini, maka kelulusan akan saya perolehi dan sekiranya beliau tidak memberi sokongan yang baik, maka gagal lah permohonan saya.
Walau bagaimanapun disini saya ingin memberikan 6 sebab mengapa saya harus diberikan pinjaman TEKUN,
  1. Saya memang perlukan wang untuk maintain kebun saya
  2. Saya memang seorang yang tekun membuat kerja
  3. Saya seorang yang 'good paymaster'
  4. Saya yakin hasil timun tua saya nanti akan dapat membayar balik pinjaman saya
  5. Saya teringin nak membesarkan kebun saya
  6. Dan akhir sekali saya bukannya nak enjoy dengan wang yang dipinjam dari Tekun ini, saya cuma nak buat kebun saya sahaja.
Dengan itu saya berharap cita-cita murni saya akan tercapai dan saya akan tetap tekun melaksanakan projek saya hingga berjaya, insyaallah..

No comments:

Post a Comment