Tuesday, July 28, 2009

Lagi tentang kebun baru saya..

Assalamualaikum whb dan salam sejahtera.

Alhamdulillah nampaknya sekarang ni kebun timun tua saya semakin baik dan hasil yang dikeluarkan amat menggalakan, cuma saya belum lagi mencapai sasaran yang dijangkakan. Insyaallah sedikit masa lagi pengeluaran akan dapat ditingkatkan.

Berkenaan dengan kebun baru saya, saya telah membuat beberapa perancangan awal dan senarai kerja-kerja yang perlu dilakukan terlebih dahulu mengikut keperluan. Saya juga telah mendapat lakaran 'layout and perspective' dari seorang kawan yang bertidak sebagai 'associate design engineer' untuk kebun baru saya. Dan beliau juga akan menjadi penasihat technical secara langsung untuk rancangan pembangunan kebun baru saya ini.

Berikut adalah lakaran beliau untuk kebun baru saya mengikut kesesuaian budget yang telah saya nyatakan.













Saya berpendapat rakan saya ini mempunyai imiginasi yang lebih tinggi dari saya sendiri. Walau bagaimanapun saya menghargai pandangan beliau.

Sekian wassalam.

Pesanan untuk saudara Eip : Siap ada HeliPad tu bro,. Belakang tu kan ada lombong besar kenapa kau tak buat 'luxury yatch' aku sekali...

No comments:

Post a Comment