Sunday, July 26, 2009

Kebun baru

Assalamualaikum whb dan salam sejahtera.

Hari ini saya masih berada di Shah Alam. Saya terlibat dengan beberapa tugasan di sekitar Kuala Lumpur selama beberapa hari dan kemudian akan ke 'out station' kira-kira seminggu lebih. Walaupun kini lebih 80% hati dan jiwa saya berada di kebun, tapi saya terpaksa menyelesaikan 'commitment' saya kepada agent2 saya di Kuala Lumpur dengan sebaik mungkin.

Walau bagaimanapun, dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini, saya giat menjalankan aktiviti mencari tanah untuk membuka sebuah kebun yang baru. Ini disebabkan kerana keluasan tanah di kebun saya sekarang adalah kecil dan agak sukar untuk mendapatkan 'product volume' yang tinggi disamping terdapat beberapa faktor yang lain yang perlu diatasi.

Setelah beberapa bulan berhempas pulas mencari dan terus mencari, saya dinasihatkan oleh seorang saudara untuk menyewa tanah milik Kerajaan Negeri Perak melalui agensi PKNP iaitu Maju Perak Berhad. Setelah memikirkan yang saya tiada pilihan lain, saya bersetuju untuk membuat permohonan untuk menyewa tanah Maju Perak Bhd. Setelah itu saya diperkenalkan kepada seorang yang bertindak sebagai 'consultant' kepada saya, bagi menyediakan segala dokumen yang diperlukan termasuk kertas kerja yang sesuai untuk tujuan ini. Saya dikenakan bayaran tertentu untuk menyiapkan tugasan ini sehingga berjaya.
Kira-kira 2 minggu selepas itu consultant saya menghubungi saya mengatakan 'paperwork' telah siap sepenuhnya dan sedia untuk dihantar ke pejabat Maju Perak. Saya bertemu consultant saya di pejabat beliau di Batu Gajah dan pada waktu itu kami berbual panjang tentang projek saya serta misi dan visi saya. Beliau amat positive dengan projek saya namun mempersoalkan kewajaran untuk saya menyewa tanah sedangkan masih terdapat banyak tanah terbiar yang boleh dibuat permohonan untuk mendapatkan status 'TOL'. Saya memberitahu beliau yang saya tidak tahu tentang proses tersebut serta tidak tahu dimanakah lokasi yang sesuai bagi cadangan tersebut. Dan selepas itu beliau memberikan beberapa lokasi cadangan bagi projek saya ini.

Setelah membuat pertimbangan dari sudut 'pro and contra' tentang cadangan beliau, saya fikir adalah lebih baik saya mencuba dahulu membuat permohonan bagi mendapatkan hakmilik atau sekurang-kurangnya mendapat kebenaran untuk mengusahakan tanah milik Kerajaan Negeri di lokasi yang difikirkan sesuai untuk pertanian. Setelah itu saya sekali lagi bertemu consultant saya bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cadangan beliau serta membuat 'lawatan tapak' ke beberapa kawasan yang telah dicadangkan.

Pada petang itu saya dan consultant saya pergi ke tempat yang dicadangkan, untuk meninjau dengan lebih dekat kawasan-kawasan tersebut. Setelah membuat tinjauan singkat dibeberapa kawasan yang difikirkan sesuai, terdapat sebuah kawasan yang amat menarik hati saya untuk dijadikan kebun baru saya. Walaupun kawasan tersebut agak jauh dari jalan utama tetapi ia amat sesuai dijadikan kebun. Banyak perancangan awal bermain-main difikiran saya.

Keesokan harinya saya sekali lagi melawat kawasan tersebut bersama seorang pekerja saya, saya fikir saya sudah 'jatuh cinta' dengan kawasan ini. Saya berdoa kehadrat Allah agar saya diberikan peluang memiliki kawasan ini dan dapat mengusahakanya dengan sebaik mungkin. Saya ber'imiginasi' untuk membagunkan kawasan ini menjadi sebuah kebun yang 'intergrated' lengkap dengan infrastruktur yang moden, farmhouse, greenhouse, ranch, fishpond,solar system, dusun buah-buahan dan banyak lagi.
Dengan itu saya telah bertemu dengan seorang kawan di Bukit Jelutong, Shah Alam yang merupakan seorang 'artist' design engineer, dan memberikan beliau layout dari 'google satelite' bagi kawasan tersebut untuk membuat lakaran 'complete perspective concept' seperti yang terdapat dalam 'imiginasi' dan khayalan saya.
Saya berharap di suatu hari nanti jika diizinkan Allah yang maha perancang segala-galanya baik yang di bumi dan di langit, mimpi saya akan bertukar menjadi realiti.

Sekian.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment