Friday, July 24, 2009

Junjung timun tua rebah menyembah bumi

Assalamualaikum whb dan salam sejahtera.
Hari ini saya telahpun pulang dari kebun saya di Batu Gajah ke rumah saya di Shah Alam, sebaik sahaja pulang dan sempat juga berehat dalam masa sehari, saya mendapat panggilan kecemasan dari pekerja saya yang bernama Mamat, memberitahu bahawa hampir 70% pokok timun tua saya telah jatuh/rebah menyembah bumi.. Alangkah kecewanya perasaan saya ketika itu dan terasa lemah seluruh badan dengan dugaan yang menimpa saya ini.
Masaalah ini berlaku disebabkan junjung timun tua saya tidak lagi dapat menampung beban yang berlebihan akibat daripada hujan yang berterusan selama beberapa jam serta angin yang bertiup kencang. Mengikut perbualan saya dengan Mamat, beliau menjangkakan akan mengambil masa kira-kira 2-3 hari bagi membetulkan semula junjung yang rebah tersebut. Apa yang amat membimbangkan saya adalah, semasa kerja-kerja membaik pulih junjung tersebut dikhuatiri akan berlaku kerosakan kepada pokok timun tua saya, Namun saya pasrah dengan kejadian ini dan akan terus belajar dari kesilapan serta membuat analisis dan 'post moterm' berkaitan masaalah ini. Saya amat yakin dengan semangat juang yang ada saya akan dapat mengatasi sebarang masaalah yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment